Pages

Selamat Datang Ke IPG Kampus Perlis

Admin bagi mewakili semua sinior PJ serta organisasi KPJ mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar baru yang baru mendaftar pada 20 Jun yang lepas. Semoga kehadiran anda untuk menceburi bidang PJ ini dapat memartabatkan lagi profesion perguruan.

ORGANISASI KPJ SESI 2010/2011

PENGERUSI

MUHD SOLEHAN BIN MOHD ABDUL NASIR

NAIB PENGERUSI

MOHD IKHWAN BIN MOHD HADZIR

SETIAUSAHA

FAIRUZ BINTI KAMARUZAMAN

NAIB SETIAUSAHA

NURUL HIDAYATI BINTI ABU HASSAN

BENDAHARI

MUHAMMAD ZAKWAN BIN MD REDUAN

NAIB BENDAHARI

MOHD FAUZI BIN MD ZUKI

BIRO AKTIVITI

MOHD ZULSYARFI BIN BASARUDIN

BIRO AKADEMIK

NADIA BINTI BAKAR@MOHD

BIRO DISIPLIN

MOHD KAMIL BIN MALIK

BIRO PUBLISITI & DOKUMENTASI

SITI NABILA ASSILAH BINTI ALIAS

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL

LOGA THASAN A/L SUNTHARA RAJU

Ujian Amali KLKF, Olahraga dan Permainan Kanak-Kanak

IPG Kampus Perlis, 13 April 2011. PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2011 telah menjalankan satu Ujian Amali yang merangkumi 3 ujian iaitu ujian kecergasan jasmani kebangsaan (UKJK), Olahraga dan juga permainan kanak-kanak. Ujian ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak kursus yang diambil oleh guru pelatih iaitu PJM 3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal, PJM 3102 Pergerakan Asas, dan PJM 3103 Olahraga.

Ujian Amali ini dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani yang diketuai oleh encik Muftar bin Mohamad Saad selaku guru pembimbing kursus PJM 3101. Ujian ini disertai oleh 19 orang guru pelatih PISMP PJ semester 1 2011. Beberapa orang guru pelatih daripada PISPM PJ semester 3 juga turut membantu menjayakan ujian ini. 

Antara aspek yang diuji termasuklah kecergasan yang diuji melalui UKJK. Selain itu, teknik larian, menerima dan menghantar baton, melontar peluru dan lompat jauh juga diuji untuk mengetahui tahap seseorang guru pelatih tersebut. Bagi pergerakan asas pula, permainan yang direka oleh guru pelatih sendiri akan dibentangkan oleh guru pelatih dan akan dinilai oleh pensyarah-pensyarah yang bertauliah.

Amali & Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (SEGAK) PPISMP Semester 2 2011

IPG Perlis, 31 Mac 2011. Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Perlis telah melaksanakan satu amali ujian SEGAK dan Olahraga. Ujian ini telah disertai oleh tiga buah kelas iaitu PPISMP Pendidikan Jasmani, PPISMP Pra-Sekolah A dan PPISMP Pra-sekolah B. Ujian ini bertujuan mengetahui prestasi kecergasan guru pelatih yang mengambil kursus minor Pendidikan Jasmani. Ujian ini telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dibawah bimbingan ketua jabatan, encik Abu Bakar Mohamad Rashid.

 

Selamat datang "Pemerintahan Baru" 2011

Editor mengucapkan selamat bertugas kepada Ahli Jawatankuasa Baru Kelab Pendidikan Jasmani IPG Kampus Perlis yang telah dilantik pada tahun lalu. Diharapkan agar pemerintahan kali ini akan lebih baik daripada pemerintahan sebelum ini.

Ujian Amali PPISMP Semester 3 2010

IPG Kampus Perlis: 24 September yang lalu, Jabatan Pendidikan Jasmani telah melaksanakan ujian amali UKJK dan juga Ujian Amali Permainan Pendidikan Jasmani 3313 P4. Seperti biasalah, bagi kumpulan PPISMP Ambilan Julai 2009 ini, terdapat 6 buah kelas yang terlibat dan mengambil Pendidikan Jasmani 1 sebagai matapelajaran Minor mereka.

Ujian amali ini telah dilaksanakan dalam masa dua hari yang dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani. Ujian ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada hari Isnin(24092010), Selasa(25092010) dan pada hari Khamis(27092010).

Pada hari pertama ujian, para guru pelatih yang terlibat melaksanakan simulasi bagi kesemua ujian. Manakala pada hari kedua pula, Ujian Permainan dilaksanakan iaitu permainan Hoki pada sebelah pagi dan permainan Bola Tampar pada sebelah petang. Pada hari ketiga pula, UKJK telah berjaya dilaksanakan. TIADA YANG TERCEDERA pada kali ini.

Perjumpaan Tutorial Perdana

-building...-