IPG Kampus Perlis: Di akhir semester iaitu pada bulan April 2010, guru pelatih pendidikan jasmani semester 3 pismp, semester 1 pismp dan semester 2 ppismp(termasuk minor PJ) telah menjalani ujian amali mengikut sukatan masing-masing. Ujian amali dan UKJK dijalankan selama 2 hari. Hari pertama dipanggil simulasi di mana guru pelatih akan menjalankan persiapan terakhir sebelum menduduki ujian pada keesokan harinya. Pada ------- Guru pelatih semester 3 pismp telah menjalani ujian amali permainan bola sepak dan bola jaring. Mereka dikehendaki menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam permainan tersebut. Antara kemahiran untuk permainan bola sepak ialah menendang, menanduk, menjaringkan gol, dan banyak lagi. Bagi permainan bola jaring pula, kemahiran-kemahiran seperti menangkap bola, membaling bola, dan sebagainya.
Semua pensyarah pendidikan jasmani terlibat sebagai penilai dan dibantu oleh guru pelatih pandidikan jasmani yang lain. Markah hasil ujian tersebut akan ditambah dengan markah peperiksaan akhir semester setiap guru pelatih. Secara keseluruhannya ujian tersebut berjalan dengan lancar, hanya berlaku satu insiden yang tidak di ingini telah berlaku yang melibatkan pelajar kumpulan Bahasa Melayu yang terkena peluru dibahagian belakang kepala. Situasi tersebut dapat dikendalikan dengan baik oleh pensyarah-pensyarah pendidikan jasmani yang sememangnya mempunyai pengetahuan yang luas.
Bagi guru pelatih semester 1 pismp pula mereka menjalani ujian amali permainan hoki, bola tampar dan UKJK pada -------. Antara kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan hoki ialah cara memegang kayu hoki, memukul bola, menahan dan sebagainya. Untuk permainan bola tampar pula, mereka dikehendaki menguasai kemahiran-kemahiran seperti menyangga, melakukan servis dan sebagainya. Untuk UKJK pula, ujian yang perlu dilakukan ialah duduk jangkau, tekan tubi, bangkit tubi bervariasi, lari ulang alik 10 meter dan lompat berdiri. Guru pelatih perlu melepasi tahap yang telah ditetapkan dalam setiap ujian tersebut.
Untuk guru pelatih Prapismp semester 2, mereka juga telah menjalani ujian amali dan UKJK pada ---------. Bentuk ujian amali yang dijalankan ialah amali olahraga di mana mereka akan dinilai berdasarkan teknik-teknik dalam acara 100 Meter, lompat jauh dan lontar peluru. Teknik-teknik yang betul dalam setiap acara amat dititik beratkan dalam penilaian para pensyarah.Ujian kecergasan yang dijalankan adalah seperti yang telah dinyatakan dan hanya satu kompenan sahaja yang ditambah iaitu lari 2.4 km. BM/PJ/PS(B), PPISMP BM/PJ/PS(C), PPISMP BC/PJ/KS(A), PPISMP BC/PJ/KS(B), PPISMP BC/PJ/KS(C) dan PPISMP PJ/BI/BM. Antara kumpulan yang terlibat dalam ujian amali tersebut ialah kumpulan PPISMP BM/PJ/PS(A) , PPISMP