Pages

Tutorial Perdana Pendidikan Jasmani 2010

IPG Kampus Perlis: Satu majlis Tutorial Perdana bagi semua kelas opsyen Pendidikan Jasmani IPG Kampus Perlis telah diadakan pada 09 Julai 2010 bertempat di Dewan Pulai B. Majlis ini dikendalikan oleh Kelab Pendidikan Jasmani dengan bantuan Kelab Rakan Cergas dibawah pimpinan pensyarah penasihat, En Muftar bin Saad yang juga Mentor kepada kelas PISMP Pendidikan Jasmani A Semester 4.

Seperti biasalah, majlis tutorial ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara mentor dengan mentee. Beberapa agenda telah dijalankan sewaktu majlis ini berlangsung iaitu  penyampaian hadiah kepada pelajar Pendidikan Jasmani yang mencapai pointer 3.75 keatas untuk peperiksaan lepas. Selain itu, sesi berkenalan dengan pelajar baru juga dilaksanakan sewaktu majlis ini berlangsung.

Majlis ini dihadiri oleh semua pensyarah Pendidikan Jasmani yang juga sebagai mentor bagi semua kelas-kelas Pendidikan Jasmani. Walaubagaimanapun, pelajar daripada Kelas PISMP Semester 8 Pendidikan Jasmani tidak dapat menghadirkan diri dalam majlis ini kerana melakukan aktiviti di sekolah.

Diharapkan majlis-majlis seperti ini dapat lagi dilaksanakan untuk merapatkan lagi hubungan antara semua pelatih Opsyen Pendidikan Jasmani.

Selamat datang Pelatih Baru

Administrator KPJ ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis kepada semua pelatih baru (PPISMP ambilan Julai 2010) terutama kepada PPISMP ambilan Julai 2010 Pendidikan Jasmani. Tahniah kerana berjaya menjadi seorang bakal guru yang bakal membentuk insan yang mampu menjadi pemimpin di masa akan datang.

Majlis Silaturrahim dan Perasmian Blog KPJ 2010

Dewan Pulai A, IPG Kampus Perlis: KPJ atau Kelab Pendidikan Jasmani yang dianggotai oleh semua pelajar opsyen Pendidikan Jasmani IPG Kampus Perlis telah mengadakan satu majlis muhibbah iaitu Majlis Silaturrahim Kelab Pendidikan Jasmani.Majlis ini telah dirasmikan oleh En Abu Bakar bin Mohamad Rashid, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Majlis ini dihadiri oleh semua guru pelatih opsyen PJ juga pensyarah-pensyarah Pendidikan Jasmani. Tetamu jemputan semasa majlis ini ialah Dr. Kamarulzaman.

Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk merapatkan jurang antara guru pelatih opsyen PJ. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat baru kepada semua guru pelatih opsyen PJ supaya dapat melalui minggu peperiksaan dengan tenang.

Satu sesi ceramah telah diadakan dalam majlis ini. Ceramah yang bertajuk ....
---sedang dalam pembikinan---