Pages

Ujian Amali KLKF, Olahraga dan Permainan Kanak-Kanak

IPG Kampus Perlis, 13 April 2011. PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2011 telah menjalankan satu Ujian Amali yang merangkumi 3 ujian iaitu ujian kecergasan jasmani kebangsaan (UKJK), Olahraga dan juga permainan kanak-kanak. Ujian ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak kursus yang diambil oleh guru pelatih iaitu PJM 3101 Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal, PJM 3102 Pergerakan Asas, dan PJM 3103 Olahraga.

Ujian Amali ini dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani yang diketuai oleh encik Muftar bin Mohamad Saad selaku guru pembimbing kursus PJM 3101. Ujian ini disertai oleh 19 orang guru pelatih PISMP PJ semester 1 2011. Beberapa orang guru pelatih daripada PISPM PJ semester 3 juga turut membantu menjayakan ujian ini. 

Antara aspek yang diuji termasuklah kecergasan yang diuji melalui UKJK. Selain itu, teknik larian, menerima dan menghantar baton, melontar peluru dan lompat jauh juga diuji untuk mengetahui tahap seseorang guru pelatih tersebut. Bagi pergerakan asas pula, permainan yang direka oleh guru pelatih sendiri akan dibentangkan oleh guru pelatih dan akan dinilai oleh pensyarah-pensyarah yang bertauliah.

Tiada ulasan: