Pages

UJIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI






IPG Kampus Perlis: Di akhir semester iaitu pada bulan April 2010, guru pelatih pendidikan jasmani semester 3 pismp, semester 1 pismp dan semester 2 ppismp(termasuk minor PJ) telah menjalani ujian amali mengikut sukatan masing-masing. Ujian amali dan UKJK dijalankan selama 2 hari. Hari pertama dipanggil simulasi di mana guru pelatih akan menjalankan persiapan terakhir sebelum menduduki ujian pada keesokan harinya. Pada ------- Guru pelatih semester 3 pismp telah menjalani ujian amali permainan bola sepak dan bola jaring. Mereka dikehendaki menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam permainan tersebut. Antara kemahiran untuk permainan bola sepak ialah menendang, menanduk, menjaringkan gol, dan banyak lagi. Bagi permainan bola jaring pula, kemahiran-kemahiran seperti menangkap bola, membaling bola, dan sebagainya.


Bagi guru pelatih semester 1 pismp pula mereka menjalani ujian amali permainan hoki, bola tampar dan UKJK pada -------. Antara kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan hoki ialah cara memegang kayu hoki, memukul bola, menahan dan sebagainya. Untuk permainan bola tampar pula, mereka dikehendaki menguasai kemahiran-kemahiran seperti menyangga, melakukan servis dan sebagainya. Untuk UKJK pula, ujian yang perlu dilakukan ialah duduk jangkau, tekan tubi, bangkit tubi bervariasi, lari ulang alik 10 meter dan lompat berdiri. Guru pelatih perlu melepasi tahap yang telah ditetapkan dalam setiap ujian tersebut.

Untuk guru pelatih Prapismp semester 2, mereka juga telah menjalani ujian amali dan UKJK pada ---------. Bentuk ujian amali yang dijalankan ialah amali olahraga di mana mereka akan dinilai berdasarkan teknik-teknik dalam acara 100 Meter, lompat jauh dan lontar peluru. Teknik-teknik yang betul dalam setiap acara amat dititik beratkan dalam penilaian para pensyarah.Ujian kecergasan yang dijalankan adalah seperti yang telah dinyatakan dan hanya satu kompenan sahaja yang ditambah iaitu lari 2.4 km. uk UKJK pula, ujian yang perlu dilakukan ialah duduk jangkau, Antara kumpulan yang terlibat dalam ujian amali tersebut ialah kumpulan PPISMP BM/PJ/PS(A) , PPISMP  BM/PJ/PS(B), PPISMP  BM/PJ/PS(C), PPISMP BC/PJ/KS(A),  PPISMP BC/PJ/KS(B), PPISMP BC/PJ/KS(C) dan PPISMP PJ/BI/BM.

Semua pensyarah pendidikan jasmani terlibat sebagai penilai dan dibantu oleh guru pelatih pandidikan jasmani yang lain. Markah hasil ujian tersebut akan ditambah dengan markah peperiksaan akhir semester setiap guru pelatih. Secara keseluruhannya ujian tersebut berjalan dengan lancar, hanya berlaku satu insiden yang tidak di ingini telah berlaku yang melibatkan pelajar kumpulan Bahasa Melayu yang terkena peluru dibahagian belakang kepala. Situasi tersebut dapat dikendalikan dengan baik oleh pensyarah-pensyarah pendidikan jasmani yang sememangnya mempunyai pengetahuan yang luas.


MAJLIS MUHIBAH DAN PERASMIAN KPJ







IPG Kampus Perlis: Kelab Pendidikan Jasmani ini telah dirasmikan Oleh En Abu Bakar bin Mohammad Rashid, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh kelab ini pada 29 Januari yang lalu. Majlis tersebut ialah Majlis Muhibah dan Perasmian Kelab Pendidikan Jasmani. Majlis ini didatangi oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani, Ahli Jawatankuasa KPJ dan semua guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani.


Majlis ini bermula dengan ketibaan para guru pelatih, pensyarah serta VIP di Dewan Pulai 1. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan kemudian ucapan daripada pengerusi kelab Pendidikan Jasmani, Mohd Fikri bin Ruslan@Roslan, diteruskan dengan ucapan Pensyarah penasihat, En Muftar bin Mohamad Saad, dan kemudian dirasmikan oleh Ketua Jabatan PEndidikan Jasmani, En Abu Bakar bin Mohammad Rashid. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan ikrar KPJ oleh Ahmad Najib bin Azmi. Majlis ini diakhiri dengan sedikit jamuan yang disediakan.



Majlis ini diadakan untuk merasmikan KPJ ini. selain daripada itu majlis ini bermatlamatkan mengeratkan silaturrahim antara semua ahli KPJ. Hal ini selaras dengan matlamat penubuhan kelab ini iaitu mengeratkan silaturrahim antara semua guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani.


Majlis ini adalah satu majlis yang amat bermakna untuk semua ahli kelab ini. Hal ini kerana, pada majlis inilah kelab ini dengan rasminya mula berpersatuan seperti kelab-kelab yang lain.

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KPJ



IPG Kampus Perlis: Agenda yang pertama dilaksanakan oleh Kelab Pendidikan Jasmani IPG Kampus Perlis selepas tertubuhnya kelab ini pada awal bulan Januari 2010 ialah Pertandingan Mencipta Logo KPJ.

Pertandingan mencipta logo KPJ ini telah dianjurkan oleh Biro Publisiti dan Dokumentasi dengan bantuan Jawatan Kuasa KPJ. Pertandingan ini telah diadakan pada 11 Januari sehingga 22 Januari 2010. pertandingan ini terbuka kepada semua ahli KPJ. Pertandingan ini dianjurkan bagi mencari logo yang terbaik dan kreatif dan sesuai untuk kelab yang baru sahaja ditubuhkan ini.

Walaubagaimanapun, pertandingan ini tidak mendapat sambutan daripada ahli-ahli kelab ini. Daripada 119 ahli kelab yang terdiri daripada semua guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani IPG kampus Perlis, hanya 2 guru pelatih yang menghantar penyertaan. Namun panel hakim menentukan bahawa pemenang harus dipilih daripada dua penyertaan tersebut.

Daripada pertandingan yang telah dilaksanakan, maka satu logo yang kreatif dan mempunyai keunikannya tersendiri telah dipilih sebagai logo KPJ. Logo ini kemudiannya dijadikan logo rasmi KPJ selepas diiystiharkan sebagai pemenang. Logo yang digunapakai sekarang ini adalah logo yang terbaik daripada dua penyertaan tersebut.

Pihak penganjur amat kesal dengan penyertaan yang tidak menggalakkan daripada ahli kelab ini.oleh yang demikian diharapkan pertandingan mahupun aktiviti yang akan dianjur oleh KPJ selepas ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua ahli kelab ini.

ORGANISASI KPJ SESI 2009-2010

Pengerusi
MOHD FIKRI BIN RUSLAN@ROSLAN

Timbalan Pengerusi
AHMAD NAJIB BIN AZMI

Setiausaha
NUR FAZLINE AL AIN BIN MAT HASAN

Timbalan Setiausaha
FAIZNUR MAISYA BINTI ANNUR SANI

Bendahari
MUHAMAD SABRI WAGIMIN

Timbalan Bendahari
FAIRUZ BINTI KAMARUZAMAN

Biro Akdemik
NOOR HALIZA BT MOHD RAFIE
MOHD ZULSYARFI BIN BASARUDIN

Biro Aktiviti
MOHD SOLEHAN BIN ABDUL NASIR
NAZRUL ZAKWAN BIN MUDA

Biro Disiplin
MOHD AIMAN ISSWADY MOHAMAD RAIS
AMERA SURIATI BT SAAD

Biro Kebajikan dan Sosial
MOHD ESSAUFFY BIN ROSSKELLY
--jawatan kosong-(08072010)--

Biro Publisiti
AHMAD SUHAIMI BIN MOHD NASIR
MOHD KHAIRUL NAZRIN

PENGENALAN


Kelab Pendidikan Jasmani IPG kampus Perlis ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 29 Januari 2010 dalam satu majlis Muhibah dan Perasmian Kelab Pendidikan Jasmani yang telah dirasmikan Oleh En Abu Bakar bin Mohamad Rashid, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

penubuhan kelab ini adalah hasil daripada idea penasihat kelab ini sendiri iaitu En Muftar bin Mohd Saad yang bertugas sebagai seorang Pensyarah Pendidikan Jasmani. Beliau mencadangkan penubuhan kelab ini adalah kerana beliau ingin supaya semua guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani bersatu hati dan berganding bahu dalam satu kelab yang bakal memberikan banyak manfaat kepada ahli-ahlinya.

Dengan bermottokan "The Towering Personality" kelab ini bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran, penampilan, pengetahuan, perpaduan dan kesatuan kepada semua guru pelatih Pendidikan Jasmani. Kelab ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi silaturrahim antara guru pelatih Opsyen Pendidikan Jasmani.

Selain itu, kelab ini ditubuhkan sebagai satu platform menimba ilmu pengatahuan dan pengalaman yang baru kepada ahli kelab yang mana mereka mungkin tidak pernah mengalami sebelum ini. hal ini kerana kelab ini bakal menganjurkan pelbagai aktiviti yang berfaedah serta menarik sebagai sajian aktiviti untuk ahli-ahli kelab PJ ini. Antara cadangan aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti kurus kepegawaian permainan, ceramah kesihatan, majlis muhibah, majlis makan malam PJ, majlis ilmu dan sebagainya.