Pages

PENGENALAN


Kelab Pendidikan Jasmani IPG kampus Perlis ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 29 Januari 2010 dalam satu majlis Muhibah dan Perasmian Kelab Pendidikan Jasmani yang telah dirasmikan Oleh En Abu Bakar bin Mohamad Rashid, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

penubuhan kelab ini adalah hasil daripada idea penasihat kelab ini sendiri iaitu En Muftar bin Mohd Saad yang bertugas sebagai seorang Pensyarah Pendidikan Jasmani. Beliau mencadangkan penubuhan kelab ini adalah kerana beliau ingin supaya semua guru pelatih opsyen Pendidikan Jasmani bersatu hati dan berganding bahu dalam satu kelab yang bakal memberikan banyak manfaat kepada ahli-ahlinya.

Dengan bermottokan "The Towering Personality" kelab ini bermatlamatkan untuk meningkatkan kemahiran, penampilan, pengetahuan, perpaduan dan kesatuan kepada semua guru pelatih Pendidikan Jasmani. Kelab ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi silaturrahim antara guru pelatih Opsyen Pendidikan Jasmani.

Selain itu, kelab ini ditubuhkan sebagai satu platform menimba ilmu pengatahuan dan pengalaman yang baru kepada ahli kelab yang mana mereka mungkin tidak pernah mengalami sebelum ini. hal ini kerana kelab ini bakal menganjurkan pelbagai aktiviti yang berfaedah serta menarik sebagai sajian aktiviti untuk ahli-ahli kelab PJ ini. Antara cadangan aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti kurus kepegawaian permainan, ceramah kesihatan, majlis muhibah, majlis makan malam PJ, majlis ilmu dan sebagainya.

Tiada ulasan: